Musnahnya satu empayar

Assalamulaikum

Tanggal 20 Februari 2019 sekitar jam 7 malam pasti akan dikenang sebagai waktu paling sukar bagi bola sepak Perlis apabila MFL memutuskan untuk MEMBUANG Perlis dari liga perdana.

Siapa boleh lupa dengan kehebatan pasukan yang pernah mengegarkan bola sepak tanah air ketika era gemilang 2004-2006.Gandingan chepita dan zacharia simukonda ketika itu mencetukan fenomena luar biasa.Stadium Utama Kangar yang hari ini dikenali sebagai Stadium Tuanku Syed Putra pasti dipenuhi hampir 20000 penyokong.

Namun kini segalanya musnah dengan sekelip mata.Tahun yang dicanangkan oleh PENYOKONG SETIA singa utara bahawa 2019 adalah kebangkitan hanya la kata manis penuh bergula.Rupanya betul la kata orang Benda manis selalu bawa penyakit dan ternyata kini penyakit ini sedang membunuh pasukan ini.

Satu demi satu terbongkar dari gaji pemain kepada sewa tempat latihan dan bayaran makanan di Kangar masih belum dibayar.

Nampaknya projek yang nampak lebih garang dari projek Dollah Salleh pada 2016 dulu hanya bertahan 4 bulan sahaja.

Setelah apa yang terjadi mungkin sekarang adalah masa terbaik buat semua penyokong Perlis ambil tempoh bertenang setelah bertahun dipalit isu gaji dan lain lain.

Semoga pasukan ini akan kembali pada masa akan datang ambillah berapa banyak masa Yang diperlukan penyokong tetap bersama.

Akhir sekali

Bangun la bersama sana bukan bangun baru bersama